Selasa, 3 Januari 2012

SAMBUTAN TAHUN BARU 2012

 SELAMAT TAHUN BARU 2012.....
Lebih dari  8,000 pengunjung hadir bagi memeriahkan Sambutan Tahun Baru 2012 yang di anjurkan oleh  Peniaga-Peniaga Uptown Dataran Nilai.& Penganjur Loveshine Ent.,
Buat pertama kalinya Sambutan Tahun Baru ini diadakan di Dataran Nilai  bermula jam 8.30 malam sehingga tamatnya pertunjukkan bunga api pada jam 12.30 pagi.
Sementara menunggu detik 12 malam para pengunjung dihiburkan dengan persembahan tarian POCO-POCO, pertunjukkan silap mata, Tunggangan Kuda, Auto Show, Lucky Draw dan lain-lain
 KESIAN... PENATNYA PERNIAGA-PENIAGA UPTOWN BEKERJA KERAS BAGI MENJAYAKAN SAMBUTAN TAHUN BARU  INI....
 LEPAKLAH APA LAGI....PENAT...

 
 AUTO SHOW...



 TARIAN POCO-POCO

 KUDAKU LARI GAGAH BERANI....




 Tengok ini hadiah Pertama Lucky Draw. Pengunjung Bayar RM 2.00 je satu borang  
boleh dapat Teddy Bear besar ni..
Harapan kami para peniagadi sini pada Tahun Baru ini agar Uptown Dataran Nilai ini berkekalan hendaknya dan mendapat sokongan yang padu dari Pihak penganjur dan Majlis Pembandaran Nilai.

Kami juga ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada para pengunjung yang sudi datang pada malam tersebut bagi menjayakan sambuntan ini. Tidak juga lupa kepada Syarikat-syarikat yang telah memberi sumbangan kepada kami iaitu - Pihak Majlis Pembandaran Nilai, Putra Nilai Development, Primuncak Development, Star Hut Cafe, Nilai Jerneh dan Perulee Multi Media.

TERIMA KASIH...