SUSUNAN GERAI DAN SYARAT2




-->

SYARAT-SYARAT PERNIAGA UPTOWN DATARAN NILAI

AS PER : 9/3/2012

1. SUSUNAN KHEMAH JUALAN
1)      Khemah yang disediakan 10 kaki x 10 kaki dan Warna Khemah Biru
2)      Susun atur khemah 2 khemah setiap satu jarak mengikut susunan batu. ( Sila lihat lampiran) Ini adalah bertujuan supaya Tapak perniagaan tidak terlalu sempit dan tidak  kelihatan seperti Pasar Malam.
3)      Harus diingatkan bagi sesiapa yang meninggalkan barangan jualan di tempat perniagaan Sekeliling khemah akan harus ditutup dengan canvas warna biru apabila tamat waktu perniagaan bagi mengelakkan ketidak manisan apabila mata memandangnya
4)      Perniaga tidak dibenarkan memasang khemah tambahan.
5)      Bagi peniaga yang meninggalkan barangan jualan di minta kerjasama mengikat Khemah penganjur dengan BATU-BATA YANG BERAT bagi mengelakkan khemah dan barangan anda rosak apabila ditiup angin.

NOTE* Sila ambil perhatian :KENDERAAN TIDAK DIBENARKAN NAIK DI ATAS DATARAN ”

2.HARI DAN WAKTU PERNIAGAAN
1)      Setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad
2)      6 hari/2 minggu  Minggu Kedua dan Keempat ( mengikut jadual yang diberi olh Pihak Majlis)
3)      Waktu perniagaan bermula jam 5.00 ptg – 2.00 pagi

3.BAYARAN UNTUK SEWAAN TAPAK DAN ELEKRIK
Bayaran Pendaftaran - *Tidak dikembalikan.  
     
* RM 200.00 -  ( Bayaran hanya sekali sahaja) KHEMAH 10' X 10', AIR & ELEKTRIK disediakan.  
(Lampu,wyer,kerusi & meja - bawa  sendiri )

Sewaan Permulaan Tapak

* RM 115.00  -  untuk 1 minggu /3 hari setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad
(contoh - minggu kedua dan minggu keempat )
JUMLAH BAYARAN PERTAMA :-

Deposit                                - RM 200.00 ( Bayaran Sekali sahaja)
Sewa Mingguan                 -  RM 115.00
JUMLAH                             -  RM 315.00 


NOTA*
- Sekiranya ada Karnival ( di anjurkan oleh Penganjur lain) pada hari Uptown, Uptown akan ditutup dan tiada bayaran
  sewa di kenakan.

BAYARAN UNTUK SEWAAN TAPAK DAN ELEKRIK – SILA AMBIL PERHATIAN
1)      Bayaran penuh bulanan tapak harus dibayar setiap awal bulan minggu pertama. Khemah hanya di buka apabila pembayaran telah dibuat. Sewaan tapak tetap dikira walaupun anda tidak datang berniaga pada waktu berniaga.

2)      Tapak Khemah akan ditarik balik sekiranya ada peniaga terdapat  tunggakkan bayaran tapak dalam 2 minggu tanpa notis ( Pembayaran tidak mengikut jadual) dan pihak penganjur berhak dan akan membawa masuk peniaga yang baru ke tapak tersebut tanpa prejudis.

3)      Peniaga di minta memberitahu penganjur sekiranya anda menyewakan tapak anda kepada orang lain sewaktu anda tidak berniaga. Pihak kami tidak akan membenarkan peniaga lain untuk berniaga ditapak anda sekiranya tiada apa-apa pengesahan dari tuan punya tapak khemah yang asal.

4)      Kutipan bayaran sewa bulanan akan dilakukan oleh pihak penganjur dan resit pembayaran sewa akan diserahkan kepada peniaga .

TATATERTIB PENIAGA ( MENGIKUT JENIS PERNIAGAAN)
         1)   Perniaga tidak dibenarkan merosakkan sebarang tanaman pokok bunga dan rumput.
         2)   Barang Jualan tidak di benarkan diletakkan di atas Lantai atau batu.
3)      Bagi yang berniaga makanan, harus di ambil kira taraf kebersihan makanan dan perniaga.
Sebagai contoh memakai apron dan sarung tangan.

4)      Setiap peniaga makanan disyaratkan menjalanani pemeriksaan kesihatan.

KEBERSIHAN TAPAK PERNIAGAAN DAN KAWASAN SEKITARNYA
1)      Setiap perniaga harus menyediakan bekas sampah di setiap tapak perniagaan mereka. Semua sampah harus diikat dan dibuang di dalam tong sampah besar.
2)      Diminta kerjasama dari perniaga supaya dapat membersihkan kawasan tapak perniagaan anda sewaktu atau selepas waktu berniaga.
3)      Bagi peniaga makanan akan di usulkan menjaga kebersihan kawasan dan  menjaga
Tapak perniagaan mereka agar tidak merosakkan lantai dan rumput Dataran Nilai.

SEKIAN TERIMA KASIH