DATARAN NILAI telah menjadi salah satu tarikan pengunjung dari Kawasan Nilai dan sekitarnya untuk datang beramai-ramai bersama keluaga dan kawan-kawan di hujung minggu untuk beriadah dan bersantai disamping menikmati keindahan kawasan sekitarnya. Dengan kedudukannya yang begitu strategik di tengah-tengah Bandar dan terdapat banyak laluan alternatif ( Lebuhraya KL/SBN, LEKAS, dan lain-lain) maka sudah pasti Dataran Nilai akan menjadi terkenal di seluruh Malaysia.
Sudah tidak dapat di nafikan Dataran Nilai telah menjadi satu mercu tanda baru dengan terdirinya Menara Jam, Tempat permainan Kanak-kanak, Padang Bola untuk kegunaan orang ramai ( Karnibal, Pameran, Aktiviti-aktiviti persatuan dan lain-lain) dan Bangunan Kraftangan yang terdapat Restoran – Restoran makanan telah menjadi tarikan pengunjung pengunjung untuk beriadah dan berehat.
Kini dengan tertubuhnya UPTOWN DATARAN NILAI ianya telah memberikan satu lagi tarikan yang begitu semangat kepada penduduk dan kawasan yang berdekatankan dengannya ( Salak Tinggi, Sepang, Banting, Putra Jaya, Mantin, Seremban dan lain-lain lagi) datang Ke Nilai untuk melihat apa saja barangan dan makanan yang terjual di situ.
Peniaga UPTOWN DATARAN NILAI ini terdiri daripada golongan Peniaga- Peniaga Kecil, Persatuan Penjaja-Penjaja Negeri Sembilan, Ibu/Bapa Tunggal dan kaun Belia yang baru ingin menambah Ilmu dalam bidang Perniagaan. Uptown Dataran Nilai sedikit sebanyak telah mengubah cara hidup dan memberi para peniaga menambah pendapatan di situ.
Kebanyakan peniaga-peniaga UPTOWN DARATAN NILAI adalah kumpulan perniaga yang berdaftar dengan Persatuan Penjaja N.Sembilan dan mendapat bantuan modal pinjaman perniagaan dari AIM ( Amanah Ikhtiar Malaysia). Kebanyakkan dari ahli-ahli menjalankan perniagaan sepenuh masa, yang sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, terbaik dan mesra pelanggan.
Harapan agar UPTOWN DATARAN NILAI dapat di kekalkan agar masyarakat setempat dapat merasakan keseronokan dan keindahan Dataran nilai berpanjangan di masa hadapan.
Waktu operasi :-
UPTOWN DATARAN NILAI
Masa - 5.00 petang – 1.00 pagi
Jumlah Gerai:- 45 GERAI ( Buat masa ini )
Barangan kering – 29 gerai
( Pakaian Dewasa dan kanak, Beg Tangan, Kasut, Pakai, Make-up, Mainan kanak, Urutan Tapak kaki dan lain-lain)
Makanan – 16 gerai
( Otak-Otak, Ayam Uncle Bob, Potato spring, Nasi Kawah, Ice Blended, Buah-buahan dan lain-lain lagi)
AKTIVITI / PROMOSI
Setiap Malam Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti AM - kami mengadakan pertunjukan Tarian Poco-Poco , Karaoke, Badut dan macam-macam lagi.....bagi memeriahkan suasana...
AKTIVITI / PROMOSI
Setiap Malam Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti AM - kami mengadakan pertunjukan Tarian Poco-Poco , Karaoke, Badut dan macam-macam lagi.....bagi memeriahkan suasana...
TARIAN POCO-POCO
STEP BY STEP...KIRI KANAN KIRI KANAN PUSING....
TU DIA ADA SILAP MATA.....
JANGAN-MAIN-MAIN HANTU KELUAR PADANG
RAMAINYA ORANG... MAKLUMLAH CUTI SEKOLAH. KAMI AKAN CUBA BERUSAHA UNTUK MENGADAKAN PERSEMBAHAN SEBEGINI SETIAP MINGGU
Bagi yang meminati binatang untuk di buat perliharaan bolehlah datang di sini....
LOVESHINE ENT.,
TEL : 011-1543 8089
Tiada ulasan:
Catat Ulasan